KLiK KLiK eHWaL SeMaSa

20 June 2011

Kirim Wang Guna Western Union

Posting aku sebelum ne...transfer duit bank ke bank Malaysia ke Indonesia guna khidmat BSN. Tapi ada juga kelemahannya guna khidmat BSN ne... cuma bank-bank tertentu di Indonesia yang tesenarai dalam BSN sahaja yang boleh kita transfer. Selain itu jawabnya x ble lh transfer.

So alkisahnya lah juga aku kena buat transfer duit ke Indonesia segera untuk beli barang. Klu guna cash laju CIMB Bank lambat lah pula...so aku pun try2 guna kiriman wang guna westren Union...OIC rupanya mudah jer...yang aku ingatkan susah selama ne...hehehe...

Caranya masuk kan amount duit yang hendak di transfer...sbg contoh amount duit yang aku nak transfer rp 2jta... kena tulis rp 2jta yer...sbb rate tuk transfer duit x sama mcm tukaran matawang asing dlm scroeboard yang terpapar dalam bank...dia ada rate nya sendiri....nyatakan negara kiriman wang...tuliskan nama si penerima dengan batul jgn salah ejaan arr (klu salah menyebabkan si penerima x boleh ambil duit tu nanti)..nama betul seperti nama dalam IC kot...pastu setelah selasai...kirimkan/sms kn nama pengirim dan nombor MTCN kepada si penerima...dengan adanya Nombor MTCN ne si penerima boleh ambil duit yang dikirim tu cash di western Union di mana-mana cawangan dalam negara si penerima. mudah kan x lh susah sangat....hehehehehe

Contoh :




Hmm... komen yg aku copy paste dri cbox (menarik) thanks Hanim Manap(^_^) :

3 Nov 11, 06:51
Hanim Manap: terima kasih arman.Esok saya dah nak kirim duit 2 juta lebih utk pemandu pelancong sy di indonesia.sy telah klik dan baca cara penghantaran wang ke sana oleh anda.sybas blog anda ini byk membantu.tq

22 May 2011

Cara Mudah Transfer Duit Dari Malaysia Ke Indonesia

First time aku terfikir untuk transfer duit ke Indonesia adalah kerana aku ingin order barang daripada blog. Puas aku cari rujukan macam mana cara transfer...dan macam-macam cara juga aku temui untuk transfer duit ni... antaranya menggunakan khidmat money changer...tapi cara ni kurang selamat... cara kedua pula adalah mengguanakan khidmat bank...antara bank yang menawarkan khidmat transfer duit ke Indonesia adalah Maybank dan CIMB Bank... tapi kena tunggu 3 hingga 7 hari waktu bekerja baru duit tu masuk ke Bank Indonesia. Itu adalah antara yang cara yang telah aku temukan lah melalui pencarian di internet.

So alkisahnya aku pi lah BSN atas urusan nak beli SSP... oic rupanya BSN juga menawarkan khidmat transfer duit ni... lagi mudah dan senang dengan kadar caj yang paling minima...dan yang bestnya segala urusan transfer duit ni berlaku secara real time maksudnya x perlulah tunggu 3 hingga 7 hari waktu bekerja baru duit tu masuk. So pada siapa-siapa yang ingin berurusniaga menggunakan khidmat transfer duit ni... try-trylah BSN-BRI REMITTANCE Transpotasi Uang Terbaik Dan Pantas Ke Indonesia.

21 May 2011

Cara Membuat Panggilan Dari Malaysia Ke Indonesia

So... alkisahnya begini.. aku ingin menghubungi no. tel ke Jawa Timur Indonesia... atas urusan order barang lah dari satu blog ni... so aku pun dail lah nombor yang terpapar pada blog berkenaan... so dail punya dail... nombor berkenaan tidak boleh di hubungi... setiap kali aku dail... number not in use... salah nombor kot??

So aku pun buat lah beberapa rujukan di internet... oic patut pun x boleh dihubungi kena tambah code panggilan antarabangsa rupanya.. untuk Indonesia kena tambah +62 di ikuti dengan nombor yang di maksudkan... k lah contohnya begini :

Contoh nombor yang aku maksudkan : 0321-878165 first aku dail direct... so confirm lah x boleh dail.... so dengan panduan yang aku perolehi aku tambah +62 di ikuti dengan 0321-878165 menjadi +62 0321-878165

Tapi pelik???? masih x boleh juga di hubungi... setiap kali aku dail number bzz ja... silap nombor kaa?? so aku mula buat rujukan pada Telekom Indonesia dan Malaysia bertanyakan pada masalah yang aku hadapi... maklumbalas yang aku perolehi amat mengecewakan...(macam x faham soalan yang aku ajukan)

x puas hati aku pi buat panggilan dengan menggunakan public phone... coz sebelum ni aku buat panggilan daripada HP... hasilnya tetap sama... tetap juga x dapat dihubungi... why arrr????

Setelah sebulan aku dalam dilema itu menghantui ku... akhirnya aku menemui jawapan secara kebetulan....

rupa-rupanya untuk penggilan antarabangsa ke Indonesia disamping menambah code +62... nombor kosong di hadapan tu mestilah di padam...

contohnya nombor yang ingin aku hubungi: 0321-878165 tambah code +62 dan padam nombor '0' di hadapan tu... menjadi +62 321-878165... so selesai masalah aku... untuk menghubungi no. HP Indonesia pun sama jugalah contoh no. HP : 082118951605 menjadi +62 82118951605... tu ja rupanya pasal 1 digit ja arr bole buat aku keliru....

Kadar penggilan Prabayar Celcom ke Indonesia (coz aku guna Prabayar Celcom) :
Talian Tetap : RM 0.76/min
Talian Mudah Alih : RM 1.16/min
SMS : RM 0.15/sms

Terpanggil...

Lama x update blog ni...sampai password pun aku lupa suda... hehehehe... but now aku ingin kembali menulis... tapi bukan pasal iklan2 lagi arrr...

Kali ni aku ingin menulis tentang apa jer lah yang boleh terkuar dari otak dan hati ni... pengelaman2 berguna yg boleh aku share lah....

So kisahnya sudah hampir setahun lebih aku melupakan blog ni... aku biarkan ja terabai macam blog tidak berpenghuni... blog berhantu kot??? Bukan bermakna aku suda mampos arr... ini kerana aku tersangat lah bzz atas hal-hal urusan duniawi...

So... pada semua klik jer lah apa-apa yang patut... heheehe...klik Bah lagi....

25 December 2009

Click Movie

Hari ini cuti-cuti hujung minggu tengok AXN layan movie bertajuk Click. Movie lama tapi tetap best dengan banyak pengajaran tersirat terutama dalam bab kasih sayang kehidupan keluarga. Jalan cerita agak lawak tetapi menyentuh perasaan...wah!!... boleh keluar air mata tengok movie ni. So moral daripada cerita ni jangan terlalu mengejar meterialistik sehingga terlupa klik nff huhuhu...

23 December 2009

Dapat Bayaran Hasil Klik Iklan

Hasil klik iklan dalam NeoBux beberapa minggu yang lepas hari ni saya menerima bayaran daripada NeoBux. Seperti biasa pembayaran dilakukan dengan segera. Itulah kelebihan NeoBux. Kalau dulu saya menerima bayaran sekitar 2 USD hingga 10 USD sahaja. Tetapi kini telah meningkat dengan adanya referrals yang daftar melalui link yang saya promosikan. Terima Kasih NeoBux.


17 December 2009

Full NeoBux Guide V.1




Ingin saya muatkan di sini Panduan lengkap NeoBux yang diposkan oleh austinh100 pada 25 June 2009 di ruangan forum NeoBux. Terima kasih kepada beliau kerana dengan usaha beliau menghasilkan panduan lengkap Neobux ini dapat dijadikan panduan kepada semua pemain PTC newbie seperti saya.

Klik sini untuk membaca selanjutnya Panduan lengkap Neobux.


Screenshot Full NeoBux Guide V.1 :