KLiK KLiK eHWaL SeMaSa

22 May 2011

Cara Mudah Transfer Duit Dari Malaysia Ke Indonesia

First time aku terfikir untuk transfer duit ke Indonesia adalah kerana aku ingin order barang daripada blog. Puas aku cari rujukan macam mana cara transfer...dan macam-macam cara juga aku temui untuk transfer duit ni... antaranya menggunakan khidmat money changer...tapi cara ni kurang selamat... cara kedua pula adalah mengguanakan khidmat bank...antara bank yang menawarkan khidmat transfer duit ke Indonesia adalah Maybank dan CIMB Bank... tapi kena tunggu 3 hingga 7 hari waktu bekerja baru duit tu masuk ke Bank Indonesia. Itu adalah antara yang cara yang telah aku temukan lah melalui pencarian di internet.

So alkisahnya aku pi lah BSN atas urusan nak beli SSP... oic rupanya BSN juga menawarkan khidmat transfer duit ni... lagi mudah dan senang dengan kadar caj yang paling minima...dan yang bestnya segala urusan transfer duit ni berlaku secara real time maksudnya x perlulah tunggu 3 hingga 7 hari waktu bekerja baru duit tu masuk. So pada siapa-siapa yang ingin berurusniaga menggunakan khidmat transfer duit ni... try-trylah BSN-BRI REMITTANCE Transpotasi Uang Terbaik Dan Pantas Ke Indonesia.

21 May 2011

Cara Membuat Panggilan Dari Malaysia Ke Indonesia

So... alkisahnya begini.. aku ingin menghubungi no. tel ke Jawa Timur Indonesia... atas urusan order barang lah dari satu blog ni... so aku pun dail lah nombor yang terpapar pada blog berkenaan... so dail punya dail... nombor berkenaan tidak boleh di hubungi... setiap kali aku dail... number not in use... salah nombor kot??

So aku pun buat lah beberapa rujukan di internet... oic patut pun x boleh dihubungi kena tambah code panggilan antarabangsa rupanya.. untuk Indonesia kena tambah +62 di ikuti dengan nombor yang di maksudkan... k lah contohnya begini :

Contoh nombor yang aku maksudkan : 0321-878165 first aku dail direct... so confirm lah x boleh dail.... so dengan panduan yang aku perolehi aku tambah +62 di ikuti dengan 0321-878165 menjadi +62 0321-878165

Tapi pelik???? masih x boleh juga di hubungi... setiap kali aku dail number bzz ja... silap nombor kaa?? so aku mula buat rujukan pada Telekom Indonesia dan Malaysia bertanyakan pada masalah yang aku hadapi... maklumbalas yang aku perolehi amat mengecewakan...(macam x faham soalan yang aku ajukan)

x puas hati aku pi buat panggilan dengan menggunakan public phone... coz sebelum ni aku buat panggilan daripada HP... hasilnya tetap sama... tetap juga x dapat dihubungi... why arrr????

Setelah sebulan aku dalam dilema itu menghantui ku... akhirnya aku menemui jawapan secara kebetulan....

rupa-rupanya untuk penggilan antarabangsa ke Indonesia disamping menambah code +62... nombor kosong di hadapan tu mestilah di padam...

contohnya nombor yang ingin aku hubungi: 0321-878165 tambah code +62 dan padam nombor '0' di hadapan tu... menjadi +62 321-878165... so selesai masalah aku... untuk menghubungi no. HP Indonesia pun sama jugalah contoh no. HP : 082118951605 menjadi +62 82118951605... tu ja rupanya pasal 1 digit ja arr bole buat aku keliru....

Kadar penggilan Prabayar Celcom ke Indonesia (coz aku guna Prabayar Celcom) :
Talian Tetap : RM 0.76/min
Talian Mudah Alih : RM 1.16/min
SMS : RM 0.15/sms

Terpanggil...

Lama x update blog ni...sampai password pun aku lupa suda... hehehehe... but now aku ingin kembali menulis... tapi bukan pasal iklan2 lagi arrr...

Kali ni aku ingin menulis tentang apa jer lah yang boleh terkuar dari otak dan hati ni... pengelaman2 berguna yg boleh aku share lah....

So kisahnya sudah hampir setahun lebih aku melupakan blog ni... aku biarkan ja terabai macam blog tidak berpenghuni... blog berhantu kot??? Bukan bermakna aku suda mampos arr... ini kerana aku tersangat lah bzz atas hal-hal urusan duniawi...

So... pada semua klik jer lah apa-apa yang patut... heheehe...klik Bah lagi....

25 December 2009

Click Movie

Hari ini cuti-cuti hujung minggu tengok AXN layan movie bertajuk Click. Movie lama tapi tetap best dengan banyak pengajaran tersirat terutama dalam bab kasih sayang kehidupan keluarga. Jalan cerita agak lawak tetapi menyentuh perasaan...wah!!... boleh keluar air mata tengok movie ni. So moral daripada cerita ni jangan terlalu mengejar meterialistik sehingga terlupa klik nff huhuhu...

23 December 2009

Dapat Bayaran Hasil Klik Iklan

Hasil klik iklan dalam NeoBux beberapa minggu yang lepas hari ni saya menerima bayaran daripada NeoBux. Seperti biasa pembayaran dilakukan dengan segera. Itulah kelebihan NeoBux. Kalau dulu saya menerima bayaran sekitar 2 USD hingga 10 USD sahaja. Tetapi kini telah meningkat dengan adanya referrals yang daftar melalui link yang saya promosikan. Terima Kasih NeoBux.


17 December 2009

Full NeoBux Guide V.1




Ingin saya muatkan di sini Panduan lengkap NeoBux yang diposkan oleh austinh100 pada 25 June 2009 di ruangan forum NeoBux. Terima kasih kepada beliau kerana dengan usaha beliau menghasilkan panduan lengkap Neobux ini dapat dijadikan panduan kepada semua pemain PTC newbie seperti saya.

Klik sini untuk membaca selanjutnya Panduan lengkap Neobux.


Screenshot Full NeoBux Guide V.1 :

Why I Love NeoBux




Sesuatu yang sangat menarik mengenai NeoBux adalah mengenai interaksi antara ahli-ahlinya melalui ruangan forum mahupun ruangan chating yang jarang saya temukan pada site PTC yang lain. Dan yang paling menariknya adalah berkenaan dengan dasar NeoBux itu sendiri yang sangat telus dalam segala urusan. Pengalaman saya sendiri dalam berinteraksi sesama ahli Neobux semasa saya menghadapi masalah berkenaan akaun NeoBux adalah sangat menarik. Ramai senior NeoBux tampil membantu memberikan tips dan kaedah penyelesaian masalah akaun NeoBux saya ketika itu yang saya kemukakan melalui ruangan chatting di Neobux.

Di sini ingin saya kongsikan satu kisah salah seorang senior NeoBux untuk dijadikan panduan dalam permainan PTC . Mohon izin pada Deddyirwan untuk menterjemah posting beliau ke dalam Bahasa Malaysia posting bertajuk "Why I Love Neobux" yang diposkan pada 17 Ogos 2009 melalui ruangan forum NeoBux :

"Ingin saya kongsikan di sini kisah penglibatan saya dalam dunia PTC untuk panduan rakan-rakan PTC yang lainnya.

Saya telah menyertai satu site PTC dimana referrals yang disewakan sangat mendatangkan keuntungan. Boleh dikatakan keuntungan berkenaan saya perolehi hanya dalam masa 3 minggu sahaja semenjak saya menyertai site PTC berkenaan.

Ini bererti kos upgrade member + sewa referrals sebanyak 500 referrals telah saya perolehi semula dalam masa 3 minggu sahaja melalui cashout saya yang terakhir sebanyak USD 220.

Tetapi tiba-tiba sahaja TOS (Terms Of Service) PTC berkenaan telah berubah, yang mana biasanya arahan pembayaran (PO) hanya dilakukan dalam masa 24 jam kini telah berubah menjadi 1 minggu.

Setelah 1 minggu, pembayaran masih tertangguh lagi sehingga 14 hari.

Semasa TOS berkenaan berubah buat pertama kali, Admin PTC berkenaan telah menghubungi saya melalui email dan menawarkan pembelian pakej referrals sebanyak 500 referrals hingga 1000 referrals dengan harga tawaran khusus kerana saya adalah antara 5 Investor terbesar site berkenaan.

Sebelum itu saya memang sudah menerima pembayaran pertama melalui site PTC berkenaan dan oleh kerana itu saya tidak menghiraukan tawaran tersebut.

Mereka mungkin beranggapan bahawa setelah saya menerima PO saya sebanyak USD 220, saya mungkin akan menerima tawaran mereka dengan menyewa referrals sebanyak 1000 referrals dengan harga USD 500 untuk 1 bulan sewaan.

Oleh kerana telah terkena 2 kali tertangguh pembayaran, saya sudah dapat merasakan firasat yang tidak menyenangkan. Saya tidak lagi menyewa referrals pada site berkenaan dan semasa berkunjung ke Forum mereka, saya dapati ada begitu ramai member yang telah membuat PO yang gila-gila, antaranya yang masih saya ingat adalah PO mereka berjumlah sekitar USD 300 ke atas dan setelah saya hitung, member yang PO seperti itu jumlahnya sekitar 10 orang.

Seingat saya, saya adalah 5 Investor terbesar mereka, dari mana datangnya 10 member lagi dengan investasi yang begitu besar tanpa pengetahuan saya?

Setelah berfikiran demikian, saya melihat semua pembayaran yang gila-gila berkenaan dilakukan melalui AlertPay dalam format dan resolusi yg sama. Wah!!... sudah ketahuan ketidakwajaran di sana.

Malangnya, saya ada 2 rakan dari India dan dari Inggeris, mereka adalah pembaca setia blog saya dan telah nekad invest di sana tanpa merujuk terlebih dahulu kepada saya.

Rakan dari India berkenaan baru sahaja menerima PO sebanyak USD 14 dan terus berinvestasi sebanyak USD 300 untuk sewaan 500 referrals dan masih mahu meminjam duit lagi dengan saya sebanyak USD 300 untuk menyewa referrals.

Semasa dia ingin meminjam saya langsung mengatakan jangan invest di sana! Dan saya terangkan semua kecurigaan saya kepadanya berkenaan Site PTC berkenaan.

Seorang lagi rakan saya dari Inggeris memberitahu sudah menyewa referrals pakej sebanyak 1500 referrals dengan nilai USD 700 dan saya juga menerangkan kecurigaan saya kepadanya berkenaan site PTC tersebut.

Akhirnya setelah 3 hari site PTC berkenaan hanya tinggal domainnya sahaja tanpa hosting...

Site PTC yang saya maksudkan adalah Bux-Service.

Saya sendiri juga telah terkena di SCAM oleh mereka sebanyak USD 150 dengan perincian Premium Level dan sewa setiap minggu sejumlah 100 referrals selama 3 minggu.

Gara-gara terpengaruh dengan tawaran hasil referrals yang tinggi, 2 rakan saya tadi juga telah menjadi korban penipuan (scam).

Mari kita sama-sama berhati-hati dalam dunia PTC ini, jangan mudah terpedaya dengan keuntungan yang cepat dan singkat.

Status saya dalam dunia PTC saya sudah memiliki sekitar 15 000 referrals yang terbahagi di beberapa tempat dan mudah-mudahan boleh tercapai sehingga 17 000 referrals di akhir bulan ini.

Tetapi saya tetap melihat NeoBux sebagai sebuah site PTC yang terbaik secara keseluruhan berdasarkan:

1. Tidak adanya bugs

2. Member yang mana telah meraih sekitar USD 1.7 M kalau bukan di NeoBux, nama member yang dimaksudkan adalah Soho dan Deco (suami istri dengan jumlah referrals hampir 40 000 referrals)

3. Duit anda walau 1 cent pun di Neobux akan diketahui detailnya kerana segala urusan di NeoBux sangatlah telus.

4. Kekurangan Neobux adalah di segi Referrals, tetapi bukan tidak mungkin anda boleh meraih keuntungan asalkan akaun anda di uruskan dengan baik jika dibandingkan dengan site PTC lain yang masih banyak kekurangan di sana-sini

4. Potongan caj pembayaran yang begitu kecil, untuk PO sebanyak USD 1000 anda hanya perlu membayar USD 1 saja pembayaran melalui PayPal dan hampir tiada caj dikenakan pembayaran melalui AlertPay.

Mudah-mudahan Kisah ini boleh selalu memotivasikan anda sebelum berpaling dari NeoBux."

Penulis asal Oleh : Deddyirawan
Klik Sini untuk membaca posting asal beliau.