KLiK KLiK eHWaL SeMaSa

05 December 2009

KLIK KLIK DUIT KENAL-KENAL SISTEM PTC - PAID TO CLICK



Klik-klik duit kenyataan atau fantasi? Mungkin ada yang masih tertanya-tanya berkenaan Program PTC (Paid To Click) atau mungkin ada yang masih ragu mengenainya. Program PTC bukanlah skim cepat kaya seperti Syarikat G… M… atau M… H… yang hangat diperkatakan di Sabah suatu ketika dulu, ianya bukan juga sistem MLM atau sistem piramid atau juga pelaburan internet. Ianya adalah satu sistem yang mengkehendaki anda mengklik iklan dan sebagai ganjaran sudah tentu anda dibayar berdasarkan jumlah iklan yang anda klik. Program ini sebenarnya adalah percuma tiada yuran keahlian atau pendaftaran dikenakan. Sesiapa sahaja di luar sana boleh menyertainya.

Saya sering ditanya oleh rakan-rakan berkenaan program PTC ini. Bagaimana Syarikat PTC ini boleh membayar anda dengan hanya klik iklan dan daripada mana Syarikat PTC mendapat duit untuk pembayaran?

Sebenarnya Syarikat PTC mendapat bayaran daripada iklan yang dipasang oleh pemilik web (affiliate marketer dll) untuk membawa pengunjung ke web mereka. Tanpa pengunjung tiada gunanya web dibangunkan dan tiada duit yang mampu diperolehi. Ini bererti ketika anda klik iklan secara langsung anda adalah pengunjung kepada web yang memasang iklan berkenaan. Bermaksud anda adalah dibayar untuk menjadi pengunjung web yang memasang iklan pada Syarikat PTC berkenaan. Bayangkan berapa ramai pengunjung yang mampu dibawa oleh Syarikat PTC dalam satu-satu masa kepada web yang menggunakan servis Syarikat PTC. Ini bererti Syarikat PTC adalah suatu servis pilihan yang mampu membawa pengunjung kepada web. Sebagai contoh anda juga boleh menggunakan servis Syarikat PTC dengan memasang iklan pada Syarikat PTC dengan jumlah bayaran yang paling minimal. Sudah tentu ramai pengunjung yang akan datang ke web anda kerana pengunjung akan dibayar melalui klik iklan yang dihubungkan terus pada web anda.

Mungkin banyak pihak juga mendakwa bahawa program PTC ini adalah scam atau penipuan semata-mata berdasarkan pengalaman mereka yang pernah terlibat dalam program ini. Tetapi harus diingat bahawa bukan semua program PTC adalah scam. Ianya sangat bergantung kepada anda bagaimana anda menilai suatu program PTC berkenaan. Mungkin akibat kekurangan pengalaman atau pengetahuan teknikal berkenaan program ini membuatkan anda gagal. Saranan kepada anda jika anda mahu menceburkan diri dalam program ini dan ingin menjadikan program ini sebagai suatu pendapatan sampingan maka sudah semestinya anda merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang berpengalaman mengenai program ini. Banyak forum atau web yang boleh anda jadikan rujukan. Ada 3 tips penting yang perlu anda ketahui jika anda ingin menyertai mana-mana program PTC. Tips berkenaan adalah :

1. Web yang menganjurkan program PTC ini mempunyai forum atau ruangan chat atau forum support.

2. Mempunyai bukti pembayaran terkini yang diposkan oleh ahli dan bukannya bukti pembayaran kepada ahli yang diposkan oleh Syarikat PTC itu sendiri.

3. Sentiasa merujuk kepada list scam terkini yang boleh anda dapati di internet dengan menaip nama web yang menganjurkan program PTC berkenaan. Ini penting untuk memastikan sama ada web yang menganjurkan program ini scam atau sah.

Satu lagi ialah berkenaan dengan sedikit pengetahuan teknikal bagaimana anda boleh menggandakan pendapatan anda melalui program ini. Biasanya anda akan dibayar sejumlah 1 sen USD per klik iklan. Ya… saya faham bagaimana hendak dijadikan pendapatan sampingan jika anda cuma dibayar 1 sen USD per klik iklan? Persoalannya berapa banyak iklan yang boleh anda klik per hari atau ada masa kah anda mengklik iklan seharian? Sebab itulah sedikit pengetahuan teknikal amat diperlukan bagi meningkatkan pendapatan anda melalui program ini. Jika anda merujuk kepada web atau forum anda akan dapati ramai yang telah berjaya menjadikan program PTC ini sebagai suatu pendapatan sampingan atau tidak kurang juga yang menjadikan program PTC ini sebagai pendapatan tetap. Kebanyakan mereka berjaya menghasilkan pendapatan sehingga ribuan USD sebulan. Persoalannya begaimanakah caranya?

Secara asasnya program PTC ini akan membayar anda 1 sen USD per klik iklan. Syarikat PTC juga akan membayar anda jika terdapat ahli yang daftar melalui link anda. Ahli yang daftar dibawah link anda dikenali sebagai referral. Sebagai contoh: Anda klik 10 iklan per hari dan anda mempunyai 100 referral

1. Pendapatan klik iklan anda per hari = 10 X 1 sen USD = 10 sen USD

2. Katakan 100 referral anda juga klik 10 iklan per hari. Pendapatan anda melalui klik iklan referral anda per hari = 10 X 100 X 1 sen USD = 10 USD

3. Pendapatan anda sebulan = 10.10 USD X 30 = 303 USD

Jadi tidaklah mustahil untuk mencapai pendapatan ribuan USD per bulan jika anda mempunyai ramai referral. Ada 2 cara untuk mendapatkan referral :

1. Promosikan link yang diberikan kepada anda oleh Syarikat PTC melalui blog atau web atau rakan-rakan anda. Sesiapa yang daftar melalui link anda secara automatik akan menjadi referral anda.

2. Banyak Syarikat PTC menawarkan sewaan referral. Jadi pada mereka yang kurang berkemampuan untuk mencari referral anda juga boleh menggunakan khidmat sewaan referral. Yang pastinya mengunakan sewaan referral juga boleh meningkatkan pendapatan dalam sistem PTC.