KLiK KLiK eHWaL SeMaSa

21 May 2011

Cara Membuat Panggilan Dari Malaysia Ke Indonesia

So... alkisahnya begini.. aku ingin menghubungi no. tel ke Jawa Timur Indonesia... atas urusan order barang lah dari satu blog ni... so aku pun dail lah nombor yang terpapar pada blog berkenaan... so dail punya dail... nombor berkenaan tidak boleh di hubungi... setiap kali aku dail... number not in use... salah nombor kot??

So aku pun buat lah beberapa rujukan di internet... oic patut pun x boleh dihubungi kena tambah code panggilan antarabangsa rupanya.. untuk Indonesia kena tambah +62 di ikuti dengan nombor yang di maksudkan... k lah contohnya begini :

Contoh nombor yang aku maksudkan : 0321-878165 first aku dail direct... so confirm lah x boleh dail.... so dengan panduan yang aku perolehi aku tambah +62 di ikuti dengan 0321-878165 menjadi +62 0321-878165

Tapi pelik???? masih x boleh juga di hubungi... setiap kali aku dail number bzz ja... silap nombor kaa?? so aku mula buat rujukan pada Telekom Indonesia dan Malaysia bertanyakan pada masalah yang aku hadapi... maklumbalas yang aku perolehi amat mengecewakan...(macam x faham soalan yang aku ajukan)

x puas hati aku pi buat panggilan dengan menggunakan public phone... coz sebelum ni aku buat panggilan daripada HP... hasilnya tetap sama... tetap juga x dapat dihubungi... why arrr????

Setelah sebulan aku dalam dilema itu menghantui ku... akhirnya aku menemui jawapan secara kebetulan....

rupa-rupanya untuk penggilan antarabangsa ke Indonesia disamping menambah code +62... nombor kosong di hadapan tu mestilah di padam...

contohnya nombor yang ingin aku hubungi: 0321-878165 tambah code +62 dan padam nombor '0' di hadapan tu... menjadi +62 321-878165... so selesai masalah aku... untuk menghubungi no. HP Indonesia pun sama jugalah contoh no. HP : 082118951605 menjadi +62 82118951605... tu ja rupanya pasal 1 digit ja arr bole buat aku keliru....

Kadar penggilan Prabayar Celcom ke Indonesia (coz aku guna Prabayar Celcom) :
Talian Tetap : RM 0.76/min
Talian Mudah Alih : RM 1.16/min
SMS : RM 0.15/sms