KLiK KLiK eHWaL SeMaSa

22 May 2011

Cara Mudah Transfer Duit Dari Malaysia Ke Indonesia

First time aku terfikir untuk transfer duit ke Indonesia adalah kerana aku ingin order barang daripada blog. Puas aku cari rujukan macam mana cara transfer...dan macam-macam cara juga aku temui untuk transfer duit ni... antaranya menggunakan khidmat money changer...tapi cara ni kurang selamat... cara kedua pula adalah mengguanakan khidmat bank...antara bank yang menawarkan khidmat transfer duit ke Indonesia adalah Maybank dan CIMB Bank... tapi kena tunggu 3 hingga 7 hari waktu bekerja baru duit tu masuk ke Bank Indonesia. Itu adalah antara yang cara yang telah aku temukan lah melalui pencarian di internet.

So alkisahnya aku pi lah BSN atas urusan nak beli SSP... oic rupanya BSN juga menawarkan khidmat transfer duit ni... lagi mudah dan senang dengan kadar caj yang paling minima...dan yang bestnya segala urusan transfer duit ni berlaku secara real time maksudnya x perlulah tunggu 3 hingga 7 hari waktu bekerja baru duit tu masuk. So pada siapa-siapa yang ingin berurusniaga menggunakan khidmat transfer duit ni... try-trylah BSN-BRI REMITTANCE Transpotasi Uang Terbaik Dan Pantas Ke Indonesia.